Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hari Isnin telah diisytiharkan sebagai hari berkabung di Rusia berikutan nahas kapal terbang TU-154 di laut Hitam selepas berlepas dari lapangan terbang Adler yang terletak di Sochi.
Berikutan tragedi itu, para pemimpin dunia mula mengucapkan takziah kepada Rusia yang masih terkejut dengan nahas yang berlaku pada musim cuti dan perayaan.
'Perasaan kami sekarang bersama keluarga dan saudara para mangsa'
Canselor Jerman, Angela Merkel telah menyampaikan takziah beliau kepada Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkaitan tragedi tesebut. Perkara itu dinyatakan oleh timbalan jurucakap kerajaan, Ulrike Demmer.
"Di dalam firikannya, beliau bersama dengan saudara-mara para mangsa yang terbunuh," kata jurucakap itu.
Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier turut menyatakan takziahnya kepada para keluarga mangsa nahas tersebut.
'Rakan-rakan Syria berada di dalam pesawat itu'
Presiden Syria, Bashar Assad telah menyampaikan takziahnya kepada Presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin berikutan tragedi pesawat TU-154 yang terhempas di laut Hitam.
"Sangat dikesali, kami mendapat berita berkenaan nahas pesawat TU-154 Rusia. Rakan-rakan kami berada di dalam pesawat tersebut yang mana mereka bercadang untuk berkongsi kegembiraan dengan kami dan rakyat Aleppo sempena kejayaan (di bandar itu) dan sempena musim cuti (Krismas)," kata pemimpin Syria itu di dalam sebuah telegram kepada Presiden Rusia.
'Kami terkejut mendengar berita tentang tragedi ini'
Perdana Menteri Serbia, Aleksander Vucic telah melawat kedutaan Rusia di Serbia dalam rangka menyampaikan takziahnya kepada Duta Besar Moscow ke negara itu.
Pesawat TU-154 itu hilang daripada skrin radar pada jam 5.40 pagi (waktu Moscow) iaitu dua minit selepas berlepas dari lapangan terbang Adler di Sochi di mana pesawat itu mengisi minyak.
Menurut maklumat terkini daripada Kementerian Pertahanan, terdapat 92 orang yang menaiki pesawat itu.
Presiden Putin pula telah mengisytiharkan bahawa hari Isnin adalah hari berkabung buat Rusia berikutan nahas yang mengejutkan negara itu.
25 Disember 2016 - 14:52
News ID: 800661
Hari Isnin telah diisytiharkan sebagai hari berkabung di Rusia berikutan nahas kapal terbang TU-154 di laut Hitam selepas berlepas dari lapangan terbang Adler yang terletak di Sochi.